Banner
Portal Rasmi Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele

Madrasah Nahdhah Hasanah Melele atau di kenali juga dengan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1946M. Tuan Imam Lebai Salleh merupakan orang penting dalam pra penubuhan penubuhan institusi ini. Beliaulah orang yang berhempas pulas untuk membawa Syeikh Tajuddin Al-Jarumi bagi mengetuai sekolah ini. Pengasas sekolah ini yang juga mudir pertama ialah al-'Alim al-'Allamah al-Syeikh Tajuddin bin Abdul Rahman al-Jarumi (Dato' Mursyid Diraja) (1924-2000M). Sekarang ia telah berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama di antara yang tersohor dalam Negeri Kedah Darul Aman, dengan murid seramai 400 orang.

Guru sekolah ini adalah seramai 30 orang dan sebahagian daripadanya berkelulusan Ijazah dan Diploma dari pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negeri.

Matlamat utama penubuhan ini adalah sebagai tuntutan bagi melahirkan lebih ramai ulama’ yang akan mempertahankan kesucian amalan Agama Islam seperti mana yang di ajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan dititiskan oleh para ulama’ muhaqqiqin.

Dengan berbekalkan pengalaman selama 60 tahun, dan berbagai usaha lagi insya-Allah sekolah ini akan mencapai matlamatnya.